Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

33) TAPAK PERKUBURAN CINA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini berhubungan dengan tapak perkuburan Cina di seluruh negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri telah menyediakan Laporan Inventori Tanah Perkuburan dan Keperluan Perkuburan Sehingga Tahun 2060 di Negeri Selangor (Jilid 1) dan Laporan Inventori Tanah Perkuburan di Negeri Selangor, 2010 (Jilid 2) yang menyenaraikan kesemua tapak-tapak perkuburan Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lain agama di Negeri Selangor serta unjuran keperluan tapak perkuburan di Negeri Selangor sehingga tahun 2060. Laporan ini akan dijadikan sebagai pangkalan data bagi penyediaan tapak perkuburan untuk keperluan di Negeri Selangor.

    Selaras dengan itu, untuk mengatasi kekurangan tapak perkuburan di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan penyediaan Tapak Perkuburan Wilayah Bersepadu secara perkongsian antara PBT bagi penyediaan tapak perkuburan dan kemudahan berkaitan dengannya. Perkara ini masih di peringkat perbincangan MMKN.

Lampiran

Tiada Lampiran.