Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

13) TAPAK PERKUBURAN PELBAGAI KAUM DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Tapak perkuburan pelbagai kaum di Selangor semakin berkurangan. Apakah langkah-langkah Kerajaan Selangor untuk mengatasi masalah ini?

    Bagi penyelesaian untuk mengatasi masalah kekurangan tanah perkuburan telah
    dibincangkan di dalam Retreat Exco Halatuju Perancangan dan Pembangunan Negeri
    Selangor 2025 pada 29-30 Julai 2008.
    Hasil daripada Retreat Exco tersebut, Kerajaan Negeri menyediakan Laporan Halatuju
    Perancangan dan Pembangunan Negeri Selangor 2025 yang telah di bentang dan
    diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor Ke 12 pada Mac 2009.
    Laporan Halatuju tersebut telah menetapkan penyediaan Integrated Regional Cemetry
    untuk menampung penyediaan tanah perkuburan bagi pembangunan khususnya di
    Daerah Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak dan Sepang. Kerajaan Negeri akan
    menentukan lokasi yang sesuai untuk Integrated Regional Cemetry bagi menampung
    keperluan tanah perkuburan semasa dan akan datang untuk seluruh daerah di Negeri
    Selangor.
    Bagi pembangunan lot-lot kecil, Kerajaan Negeri mengenakan syarat bayaran caruman
    sebanyak RM 62.50 bagi setiap satu unit rumah. Bagi pembangunan berskala besar
    sebagai contoh 250 ekar, pihak pemaju perlu menyediakan tanah perkuburan di dalam
    cadangan tapak pembangunannya sendiri.

    Soalan tambahan kepada soalan a)
    Apakah piawaian yang digunakan di Negeri Selangor untuk tapak perkuburan?
    Berdasarkan piawaian tanah perkuburan di dalam Manual Garis Panduan dan Piawaian
    Perancangan Negeri Selangor yang telah diluluskan oleh MMKN ke 28/2007 bertarikh 3
    Oktober 2007 untuk pemakaian di semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor
    adalah seperti jadual berikut:
    Piawaian Tanah Perkuburan
    Tanah Perkuburan
    Hierarki Penempatan Bilangan Penduduk
    Islam Bukan Islam
    a. Bandar Besar 200,000 + 25 hek
    (61.8 ek)
    15 hek
    (37.1 ek)
    b. Bandar kecil atau
    Pekan 75,000-200,000 10-25 hek
    (24.7-61.8 ek)
    5-15 hek
    (12.4-37.1 ek)
    c. Kawasan Kejiranan 10,000-75,000 2-10 hek
    (5-24.7 ek))
    0.4-1.2 hek
    (1-3 ek)
    Nota : Setiap tambahan bagi penduduk berikutnya, perlu tambahan sebanyak 0.0001
    hek (0.0005 ek) kawasan perkuburan.

Lampiran

Tiada Lampiran.