Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

198) TAPAK SMK KOTA WARISAN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah tapak cadangan pembinaan sekolah ini telah diserahkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan?

    Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) telah dimaklumkan untuk memohon tapak SMK Kota Warisan ini melalui Borang Jadula 1 dan mengemukakannya kepada PDT Sepang untuk diproses. Ini berikutan hal-hal tanah telah diselesaikan oleh pemilik tanah iaitu Pilihan Teraju. Premium telah dibayar berjumlah RM10,333,620.00. Walau bagaimanapun, sehingga kini PDT Sepang masih belum menerima permohonan pemberimilikan tanah daripada PTP.

Lampiran

Tiada Lampiran.