Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

78) TAPAK TANAMAN KONTAN ORGANIK DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah insentif Kerajaan Negeri berikan kepada para petani dalam bidang tanaman organik

    Insentif yang disediakan bagi petani bidang tanaman organik :

    1. Petani dalam bidang tanaman organik yang memohon pensijilan Skim Organik Malaysia (SOM) akan dibantu dari segi pengujian sampel makmal terhadap kesan sisa baki racun (MRL), ujian logam berat dan sampel air secara percuma.
    2. 1,000 pelekat lambang Skim Organik Malaysia secara percuma diberikan kepada ladang-ladang organik yang telah mendapat pensijilan SOM. Logo SOM mempunyai integriti serta dipercayai kerana kawalan terhadap pensijilan yang ketat dan diiktiraf di peringkat antarabangsa yang akan memberi laluan mudah untuk petani mengeksport produk organik mereka.
    3. Khidmat nasihat dan perundingan oleh Jabatan Pertanian
    4. Kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian turut memberi insentif galakan kepada penerima sijil. Pada tahun 2012 seramai 43 petani yang telah memperolehi Sijil SALM Dan SOM memdapat insentif daripada pihak jabatan berupa peralatan pertanian manakala pada tahun 2013 seramai 139 petani MyGAP /SOM telah memdapat manfaat yang sama.

Lampiran

Tiada Lampiran.