Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

103) TAPAK UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti tapak untuk Sekolah Agama Rakyat di Bukit Antarabangsa. Sila berikan butiran tapak-tapak yang telah dikenal pasti dan bilakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan sekolah berkenaan serta berapakah kos yang terlibat.

    • Jabatan Agama Islam Selangor belum maklum mengenai kewujudan tapak untuk Sekolah Agama Rakyat di Bukit Antarabangsa yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan
    • JAIS maklum bahawa Sekolah Agama Rakyat Ma’arif Ad-Diniah telah didirikan di atas sebahagian tapak surau Ad-Diniah Taman Bukit Mewah dan sebahagian tapak tanah kawasan lapang ( kawasan bersempadanan surau)
    • Kerajaan Negeri (JAIS) tidak mempunyai peruntukkan pembangunan untuk mendirikan sekolah Agama Rakyat (SAR). Kerajaan Negeri hanya menyediakan peruntukkan pembangunan untuk Sekolah Rendah Agama (SRA)

Lampiran

Tiada Lampiran.