Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

69) TARAF EKONOMI ORANG ASLI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan taburan pendapatan masyarakat Orang Asli di Negeri Selangor dan jenis pekerjaan yang diceburi.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,  Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor (JAKOA) tidak mempunyai data statistik berkenaan taburan pendapatan di kalangan Masyarakat Orang Asli di Negeri Selangor dan belum lagi ada kajian dan soal selidik yang dijalankan bagi mengumpul maklumat mengenai perkara dan data tersebut. Walaubagaimana pun, JAKOA hanya dapat menyediakan data dan maklumat taburan jenis pekerjaan Masyarakat Orang Asli di Negeri Selangor. Jenis pekerjaan utama di kalangan masyarakat Orang Asli mengikut DUN di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    Jadual statistik menunjukkan daripada 74 buah kampung Orang Asli di Negeri Selangor menunjukkan bahawa sektor pertanian sebagai pekerjaan utama mereka iaitu sebanyak 44 kampung. Ia turut diikuti oleh sektor swasta sebanyak 18 kampung, sektor perikanan sebanyak 10 kampung dan sektor kerajaan sebanyak 2 kampung. Sektor-sektor yang lain seperti sektor kraftangan, sektor pembersihan, sektor landskap dan sektor ternakan tidak menjadi keutamaan bagi pekerjaan masyarakat Orang Asli di Negeri Selangor. 

Lampiran

Tiada Lampiran.