Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

76) TARAF KEHIDUPAN MASYARAKAT MISKIN INDIA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan usaha-usaha yang telah dilakukan serta bantuan-bantuan yang diberikan kerajaan Selangor untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat India di Selangor, khususnya mereka yang berpendapatan rendah di kawasan bandar dan estet

    Kerajaan Negeri sememangnya mengambil berat tentang permasalahan yang dihadapi
    oleh kaum India yang tinggal di bandar dan di estet. Meningkatkan taraf sosio ekonomi
    kaum India telah menjadi keutamaan kerajaan negeri dalam memastikan setiap rakyat
    Selangor dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik. Oleh yang demikian, terdapat
    pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan negeri di mana semua orang layak untuk
    memohon. Antaranya seperti berikut:
    i. Bantuan Kerajaan Prihatin – membaiki dan membina rumah baru bagi pemohon
    yang layak.
    ii. Bantuan Blueprint Kemiskinan – Bantuan kepada mereka yang miskin dan ingin
    memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan.
    iii. Dana usahawan IKS – Dana bagi mereka yang ingin mengembangkan
    perniagaan sendiri.
    Selain daripada itu, kerajaan negeri mewujudkan peruntukan khas yang dinamakan
    Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang. Tujuan tabung ini ditubuhkan untuk
    membantu para anak pekerja ladang dalam memberi peluang pendidikan yang lengkap.
    Pada tahun 2010, kerajaan negeri telah membelanjakan sejumlah RM 885,092 yang
    meliputi bantuan seperti berikut:
    i. Tajaan pelajar ke Kolej INPENS – 61 orang pelajar
    ii. Subsidi tambang bas sekolah – 250 pelajar
    iii. Hadiah kecemerlangan peperiksaan – 200 pelajar
    iv. Bantuan kewangan sekolah ladang – 21 sekolah ( naik taraf infrastruktur dan
    program sekolah)
    v. Bantuan yuran pengajian ( 2 orang )
    Berdasarkan senarai bantuan yang di atas, kaum India sememangnya dialu-alukan
    untuk memohon mana-mana bantuan yang difikirkan sesuai. Bantuan ini disediakan
    adalah untuk membantu mereka berusaha dalam meningkatkan pendapatan mereka
    dan seterusnya menikmati taraf hidup yang lebih berkualiti.

Lampiran

Tiada Lampiran.