Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

199) TASIK COVA KOTA DAMANSARA – PENYELENGGARAAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak isu ini dibawa di dalam sidang DUN pada sesi 2018, sejauh manakah Kerajaan Negeri telah berusaha menyelesaikan masalah tersebut?

    Pembangunan Tasik Cova telah dilaksanakan oleh pihak Tetuan Pharma Excel Sdn. Bhd. dan melalui Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Januari 2007, pihak pemaju telah disyaratkan untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan selama 20 tahun sehingga tahun 2027. Walau bagaimanapun, kerja-kerja penyelenggaraan Tasik Cova tidak pernah dilaksanakan sama sekali oleh pihak pemaju dan keingkaran pihak pemaju telah menyebabkan Tasik Cova kelihatan terbiar dan menjadi habitat haiwan liar.

    Isu ini telah berlanjutan sekian lama dan menggangu ketenteraman penduduk di sekitar kawasan Tasik Cova. Justeru itu, Kerajaan Negeri melalui MBPJ dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengadakan beberapa sesi perbincangan bagi menyediakan kertas pemakluman MTES bagi tujuan untuk mendapatkan pendirian Kerajaan Negeri berhubung isu penyelengaraan ini yang akan melibatkan kos yang agak tinggi sekiranya perlu dilaksanakan oleh pihak Kerajaan. Dianggarkan sejumlah RM9.2 juta diperlukan bagi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan secara koloborasi diantara MBPJ dan JPS merangkumi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur hidraulik dan landskap mengikut kepakaran Jabatan masing-masing.

    Status terkini bagi penyediaan kertas pemakluman tersebut adalah di peringkat perincian kos bagi semua kerja-kerja yang terlibat sebagaimana ulasan oleh pihak Perbendaharaan Negeri Selangor sebelum ianya dibentangkan di MTES.

Lampiran

Tiada Lampiran.