Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

93) TASK FORCE BANJIR KILAT

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Task Force Banjir Kilat ditubuhkan di Daerah Hulu Selangor memandangkan kawasan Lembangan Batang Kali, Kampung Chuang Rasa dan yang sering berlakunya banjir kilat. Jika tidak, nyatakan sebab.

    Majlis Daerah Hulu Selangor belum berkemampuan untuk menubuhkan Task Force Banjir Kilat.  Walau bagaimanapun Unit Khas Majlis Daerah Hulu Selangor yang sedia ada bersedia untuk membantu kesusahan penduduk yang menghadapi banjir khasnya melibatkan bantuan pembersihan kelodak di rumah yang diliputi lumpur, mengangkut barangan yang penting/yang boleh diselamatkan dan membawa mangsa banjir menggunakan bot.

    Kelazimannya, banjir kilat di daerah Hulu Selangor yang berlaku sering berpunca dari limpahan air sungai yang melebihi paras tertinggi.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.