Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

188) TASKA DI RUMAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa ramai yang telah mengikuti program Pensijilan Taska Di Rumah Anjuran Kerajaan Selangor?

    Program Pensijilan Taska Di Rumah adalah Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak (KIPK) yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Kebajikan Negeri Selangor dengan kerjasama pihak Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKMNS).

    Sehingga kini, seramai 236 orang peserta yang telah menyertai kursus ini sejak tahun 2013. Sebanyak 3 siri kursus yang telah dijalankan setiap tahun dan berikut adalah jumlah peserta yang telah menyertai mengikut tahun pelaksanaan. :-

    TAHUN   BILANGAN PESERTA
    2013 : 93 orang
    2014 : 117 orang
    Hingga Mei 2015 : 26 orang
    JUMLAH : 236 orang

    Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, kursus ini telah dilaksanakan kepada pengasuh dan suri rumah yang mengasuh kanak-kanak di rumah dan belum pernah menghadiri mana-mana kursus mengenai pengasuhan kanak-kanak yang dianjurkan oleh mana-mana agensi. Kursus ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dikalangan para peserta tentang keperluan untuk mendaftar secara sah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dan lain-lain jabatan kerajaan yang terlibat. Selain daripada itu, para peserta juga berpeluang untuk mempelajari dan meningkatkan kualiti asuhan kanak-kanak serta memberi penekanan terhadap kepentingan aspek kebersihan, keselamatan, kesihatan dan pemakanan kanak-kanak dalam usaha melahirkan generasi yang berjaya melalui modul-modul yang disampaikan dan oleh agensi yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.