Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

301) TASKA / TADIKA DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah undang-undang yang patut dipatuhi untuk penubuhan taska atau tadika di Selangor?

    1. Penubuhan TASKA adalah merujuk kepada peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 dan Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012.

     

    Definasi TASKA adalah seperti yang terkandung di bawah Seksyen 2, Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 yang menyatakan TASKA adalah mana- mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun lebih daripada satu isi rumah dan dijaga dengan upah.

     

    JKM merupakan agensi yang diberi tanggungjawab untuk mendaftarkan penubuhan sesebuah taska.

     

    Manakala TADIKA pula adalah ditakrifkan sebagai pendidikan Pra Sekolah yang bermaksud Program Pendidikan Kanak-kanak berumur 4 hingga 6  tahun. TADIKA juga adalah tempat di mana menempatkan sejumlah kanak- kanak pendidikan pra sekolah seramai 10 orang atau lebih. (Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Jabatan Pendidikan adalah agensi yang bertanggungjawab untuk mendaftarkan penubuhan sesebuah TADIKA

Lampiran

Tiada Lampiran.