Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

244) TASKFORCE TANAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status semasa dan hasil kajian yang telah dilakukan oleh Taskforce Tanah?

    Task Force Tanah Negeri Selangor yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor telah menyelesaikan tugasan mereka dimana Laporan Akhir hasil kajian telah dibentangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor pada 12 Februari 2009 di bilik Gerakan, Bangunan Annex.

     

    Laporan Akhir itu juga turut diedarkan oleh pihak Task Force Tanah kepada Y.B AhliAhli Dewan Negeri dan Y.B Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat serta Jabatan Teknikal yang terlibat bagi tujuan tersebut.

     

    Secara umumnya, antara cadangan-cadangan yang dikemukakan adalah meliputi isuisu berikut:-

     

    1)        Pentadbiran

    • Pemisahan tanggungjawab antara Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah
    • Menyediakan ruang kerja yang dapat menampung bilangan urusan,tenaga kerja dan penyimpanan rekod atau dokumen.

     

    2)         Dasar

    • Mengkaji semula dasar-dasar sediaada yang sedang berkuatkuasa
    • Penurunan kuasa kepada Pentadbir-pentadbir tanah bagi urusan-urusan yang dikenalpasti.

     

    3)        Latihan & Kakitangan

    • Meningkatkan latihan kepada kakitangan Pentadbiran tanah
    • Meningkatkan bilangan tenaga kerja sesuai dengan beban tugas sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.