Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

78) TATACARA BAGI PENGGUNAAN PERUNTUKAN ADUN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan meneliti semula garis panduan yang sedia ada di peringkat pejabat daerah berkenaan tatacara bagi penggunaan peruntukan ADUN?

    Penelitian semula Garis Panduan mengenai penggunaan Peruntukan ADUN dibuat dari
    masa ke semasa berdasarkan maklum balas daripada ADUN, Pegawai Daerah dan
    pihak-pihak yang terlibat. Pindaan garis panduan tersebut akan diputuskan oleh Majlis
    Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
    Adalah dimaklumkan bahawa Garis Panduan Tatacara bagi Penggunaan Peruntukan
    ADUN yang terbaru telah dikeluarkan pada 29 Jun 2009 iaitu Surat Pekeliling
    Perbendaharaan Bil.7 Tahun 2009. Surat Pekeliling tersebut adalah penambahbaikan
    kepada Surat-surat Pekeliling mengenai peruntukan ADUN yang dikeluarkan sebelum
    ini iaitu Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 2004, Surat Pekeliling
    Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2008, Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.6 Tahun 2008
    dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.7 Tahun 2008.

Lampiran

Tiada Lampiran.