Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

51) TAWAS Ð TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pihak kerajaan negeri berhasrat menjadikan pemohon-pemohon tawas yang didaftarkan sejak tahun 2008/09, secara automatik layak mendapat faedah dari skim/program tunas & si kembar sebagai satu lagi bentuk bonus selain bonus jom shopping bernilai RM100.00?

    Setakat ini tiada perancangan sedemikian kerana syarat dan kelayakan program-program tersebut juga agak berbeza. Ini disebabkan terdapat syarat- syarat tertentu seperti pendapatan isi rumah, Taska dan Tadika yang disyaratkan juga untuk berdaftar dengan skim serta beberapa syarat lain yang memerlukan pengesahan dan semakan. Namun kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan ia dilaksanakan secara automatik sekiranya beberapa perkara berkaitan dapat diselaraskan pada masa-masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.