Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

145) TEBATAN BANJIR DI KUALA LANGAT

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mengkaji kesesuaian membina kolam-kolam tadahan air hujan di Daerah Kuala Langat demi mengelakkan banjir kilat berlaku?

    Dalam Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Banting, cadangan untuk membina kolam takungan Fasa 1 dan Fasa 2 telah dirancang. Rekabentuk terperinci telah dimulakan oleh perunding dan telah siap pada 3 March 2015. Tender kolam takungan Fasa 1 dijangka dipanggil pada April 2015. Untuk kawasan- kawasan pembangunan oleh pemaju, syarat pembinaan kolam takungan dan On Site Detention adalah perlu untuk memastikan air larian tidak terus mengalir ke parit utama atau sungai.

Lampiran

Tiada Lampiran.