Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

132) TEBATAN BANJIR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategi tebatan banjir yang holistik di lebaran sungai-sungai utama di Selangor?

    Usaha-usaha yang berterusan akan diberi penekanan bagi menangani masalah banjir menerusi kaedah struktur dengan melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir dan kaedah bukan struktur yang merangkumi kerja penyediaan Peta Hazad Banjir serta menyediakan Sistem Amaran dan Ramalan Banjir. JPS Selangor telah mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan tahap kesedaran dan penyertaan masyarakat terhadap sumber air serta pihak berkepentingan dengan menjalin kerjasama dengan agensi dan jabatan kerajaan lain yang berkaitan

Lampiran

Tiada Lampiran.