Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

158) TEBING SUNGAI BERNAM YANG SERING TERHAKIS DAN REBAH

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan bagi memastikan tiada lagi hakisan dan rebahan bagi tempoh yang akan datang

    Perancangan kerja yang lebih praktikal dengan keadaan semasa aktiviti dilaksanakan bagi memastikan tiada lagi hakisan dan rebahan di tebing Sungai Bernam. Sehubungan dengan itu, JPS telah merangka kaedah yang lebih sesuai bagi mengurangkan risiko kejadian hakisan benteng di Sungai Bernam. Antara kaedah yang akan digunakan adalah sama seperti kaedah yang digunakan untuk mengelakkan hakisan di pantai. Ini kerana aktiviti perikanan yang semakin rancak menyebabkan faktor ombak yang menjadi punca utama berlakunya hakisan tebing.

    Selain itu juga, aktiviti penanaman semula pokok kayu bakau di sepanjang pantai dapat mengurangkan impak ombak terhadap benteng. Walau bagaimanapun, perancangan bagi penyelesaian jangka masa panjang dan pendek bagi mengurangkan impak tersebut telah dimasukkan ke dalam senarai permohonan projek di bawah RMK11.

Lampiran

Tiada Lampiran.