Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

145) TEBING SUNGAI KAYU ARA TERHAKIS

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan JPS Selangor untuk memperkukuhkan tebing Sungai Kayu Ara yang terhakis dan mengancam keselamatan pendudukdikawasanSS21/42A?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor merancang untuk melaksanakan kerja-kerja pengukuhan dan penstabilan tebing Sungai Kayu Ara yang terhakis serta boleh mengancam keselamatan penduduk di kawasan berhampiran. Bantuan pakar dari Bahagian Khidmat Pakar JPS Malaysia diperlukan bagi mereka bentuk kaedah pengukuhan tebing yang sesuai untuk digunakan di dalam rancangan kerja tersebut.

    Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor mengambil pendekatan yang serius terhadap masalah tersebut dengan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sungai seperti membersihkan dan membuang segala halangan yang terdapat di dalam Sungai Kayu Ara bagi melancarkan aliran air sungai dan kerja-kerja tersebut telah siap dilaksanakan pada hujung bulan Mei 2013.

Lampiran

Tiada Lampiran.