Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

197) TEGURAN AUDIT TERHADAP PKNS

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah pembetulan yang telah diambil oleh PKNS berkaitan dengan dasar perolehannya setelah perkara ini telah diaudit, ditegur dan dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri Tiga 2014 terhadap PKNS?

    Langkah-langkah pembetulan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh PKNS adalah seperti berikut:

     

    PKNS sedang menyemak semula dan melaksanakan tindakan penambaikan ke atas semua prosedur kerja Perolehan, Pengurusan Aset dan Kewangan PKNS. Beberapa sesi Bengkel SOP Perolehan, Pengurusan Aset dan Pengurusan Kewangan telah diadakan pada 16 hingga 18 Februari 2016. SOP dijangka akan dimuktamadkan sebelum bulan Jun 2016. Ia akan dibentang ke Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan PKNS untuk kelulusan serta diperakukan di Mesyuarat Ahli Perbadanan

     

    • PKNS sedang menyemak semula dan menambahbaik sistem kewangan di PKNS bagi memastikan isu yang dibangkitkan tidak

     

    • Tindakan tatatertib telah diambil kepada pegawai yang cuai dalam melaksanakan

Lampiran

Tiada Lampiran.