Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

69) TEKANAN AIR RENDAH Ð SYABAS

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kita menerima banyak aduan tentang tekanan air yang rendah dibekalkan oleh SYABAS sejak hampir setahun ini. Apakah punca keadaan ini dan mengapakah tekanan seperti yang dibekalkan dahulu tidak dikekalkan?

    Tahap tekanan dan bekalan air yang dibekalkan oleh SYABAS adalah mengikut
    spesifikasi yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi. Sebarang pelanggaran terhadap
    tahap kualiti bekalan air akan menyebabkan SYABAS dikenakan penalti mengikut
    ketetapan di bawah Perjanjian Konsesi.
    Namun begitu, kes-kes air bertekanan rendah kadang kala berlaku akibat kejadian paip
    pecah, kerja-kerja penggantian paip lama yang sedang berjalan ketika ini. Perkara
    seperti ini adalah bersifat sementara dan bekalan serta tekanan air ini akan kembali
    seperti sedia kala setelah program-program penggantian paip lama selesai dijalankan.

Lampiran

Tiada Lampiran.