Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

185) TEKANAN KEWANGAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri bagi tangani masalah berkaitan tekanan kewangan rakyat selain skim yang telah diwujudkan penggal lepas?

    Kerajaan Negeri melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) telah membelanjakan RM1 billion bagi program-program kebajikan kepada rakyat. Bagi penggal ini kerajaan berhasrat untuk menambah baik dan melebarkan kumpulan sasaran antaranya:-

     

    Hadiah Pengajian IPT yang mana pendapatan isi rumah RM3 ribu ke bawah boleh dan layak berbanding penggal lepas pendapatan isi rumah RM2500.00 ke bawah sahaja yang layak

     

    Skim Insentif Perkahwinan Belia yang naik ke RM500 dari RM400

     

    Kerajaan akan dari semasa ke semasa membuat penilaian skim yang ada bagi penambahbaikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.