Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

106) TEKNOLOGI BARU PERTANIAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah mengenal pasti teknologi-teknologi baru pertanian dalam menuju Smart State?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian memfokuskan pengeluaran tanaman secara fertigasi sebagai satu program dalam Smart Agriculture. Melalui program pembangunan teknologi fertigasi, Jabatan Pertanian memfokuskan tanaman cili dan rock melon memandangkan tanaman ini mempunyai pasaran yang baik.

    Sehingga kini terdapat 490 petani dengan keluasan 1,088 yang mengusahakan tanaman secara teknologi fertigasi. Pada tahun ini Jabatan Pertanian mensasarkan pengeluaran cili sebanyak satu juta polibeg dan pengeluaran rock melon sebanyak 700,000 polibeg.

    Selain daripada itu, Jabatan Pertanian sedang menguji dan mempromosikan penggunaan plant factory sebagai satu inisiatif Smart Agriculture bagi Selangor. Melalui teknologi plant factory, tanaman sayuran dapat dikeluarkan daripada kawasan yang kecil menggunakan teknologi pencahayaan buatan dengan pembekalan nutrien secara hidroponik dan sesuai digunakan di kawasan bandar.

Lampiran

Tiada Lampiran.