Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

4) TEKNOLOGI HIJAU

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menggunakan muka sauk tasik dan empangan untuk meletak panel solar untuk menjanakan tenaga yang boleh diperbaharui?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menggunakan muka sauk tasik dan empangan untuk projek pemasangan solar panel terapung. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menerima beberapa permohonan bagi penggunaan empangan dan badan air yang lain dan ianya sedang di dalam semakan pihak LUAS. Sehubungan itu, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 18 / 2017 yang bersidang pada 31 Mei 2017 telah bersetuju secara dasar bagi permohonan untuk menyewa permukaan air di kawasan kolam takungan air Serendah, Hulu Selangor melalui kaedah Lesen Menduduki Sementara dan Pajakan dengan syarat pemohon mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga.

    Seterusnya, Kerajaan Negeri juga ada menerima cadangan pemasangan solar panel terapung di Hybrid off River Augmentation System (HORAS) 600 Kuala Selangor dan cadangan tersebut sedang dalam di peringkat penilaian dan kelulusan Kerajaan Negeri dan Suruhanjaya Tenaga.

Lampiran

Tiada Lampiran.