Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

200) TEKNOLOGI & INOVASI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan negeri mempunyai program khusus membantu usahawan IKS dalam pemindahan teknologi (technology transfer)?

    Pada tahun 2012, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan telah memperkenalkan Program Pembungkusan. Bagi tahun 2013, program ini telah ditambah baik dan dikenali sebagai Program Peningkatan Keupayaan Reka Bentuk Pembungkusan (4P). Para peserta program didedahkan dengan teknologi-teknologi pemprosesan makan termasuk pengujian nutisi, penggunaan “bar code”, teknologi penghasilan dan pembangunan produk dan teknologi persembahan fizikal produk.

     

    Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Selangor juga telah bersetuju untuk menimbang bagi membangunkan makmal Halal Assuran, Kluster Halal BioIT Selangor dengan kerjasama Institut Bio-IT Selangor, UNISEL dan Central Spectrum Sdn. Bhd. bagi dijadikan sebagai pusat pendidikan dan penyelidikan bioteknologi, keusahawanan dan pembangunan perniagaan.

     

    Kerajaan Negeri Selangor juga telah bersetuju untuk menimbang bagi membangunkan kit bioteknologi untuk memudahkan usahawan-usahawan mengesan kandungan sesuatu produk termasuk zat binatang yang tidak halal seperti khinzir. Kit bioteknologi ini dikenali sebagai Halal KIT. Halal KIT mempunyai 3 komponen utama iaitu Dipstik (partikal nono ber’die’ dengan salutan filem yang mengandungi antibody), Opto-elektronik sistem (sistem elektronik menggunakan photo-diode yang boleh mengawal sumber cahaya LED/Laser yang akan menghasilkan cahaya fluorescence sekiranya berinteraksi dengan zat khinzir) dan Larutan penyediaan sampel (Phosphate Buffered Saline).

Lampiran

Tiada Lampiran.