Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

270) TEKNOLOGI MAKLUMAT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan untuk memperluaskan lagi capaian teknologi maklumat kepada semua kawasan di negeri Selangor terutama di kawasan desa

    Perancangan Kerajaan untuk memperluaskan capaian ICT di seluruh negeri Selangor selain daripada melalui inisiatif HyWIN adalah penubuhan Pusat Siber Rakyat (PSR). Sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor pernah menubuhkan Pusat Komuniti IT (PKIT) yang pada ketika ini perlu diberikan suntikan baru dari sudut peralatan, pengoperasian dan pengurusan. Rebranding dan Repositioning PKIT kepada PSR ini akan diadakan secara berperingkat di mana fasa pertama akan diberikan penumpuan penubuhannya di perpustakaan-perpustakaan desa di Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.