Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

359) TEKNOLOGI PEMODENAN PERTANIAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan negeri untuk memajukan teknologi pertanian bagi meningkatkan hasil para petani?

    1. Antara usaha kerajaan negeri dalam permodenan pertanian di Negeri Selangor adalah:

     

    • Program Peningkatan Hasil Padi Negeri Selangor dan Program Natural Farming kawasan padi. Keutamaan kepada pengamalan teknologi ‘Rice Check’ dimana tumpuan diberi kepada :

     

    • Penggunaan benih CL bagi kawalan padi angin
    • Perataan tanah untuk penapakan dan pengurusan air sawah
    • Pembajaan
    • Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
    • Pertanian Lestari (Natural Farming)

     

    • Memastikan pengeluaran tanaman makanan secara berterusan dengan mewujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Dimana terdapat

    12 kawasan TKPM di Negeri Selangor yang sedang beroperasi mengeluarkan hasil-hasil sayuran, buah-buahan, tanaman industri dan ternakan. Untuk Program ini Kerajaan Negeri Memperuntukkan RM7,560,000 dibawah RMK10 (Tahun 2011-2015)

     

    • Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman melalui Program Pembangunan Tanaman Makanan (Sayur-sayuran, Buah-buahan dan Kelapa) , dan Program Pembangunan Tanaman Industri (Nanas dan Umbisi) dimana Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 13 juta untuk program- program tersebut dibawah RMK10 (Tahun 2011-2015). Program pembangunan buah-buahan dan sayur-sayuran menumpukan kepada penggunaan teknologi fertigasi yang sesuai dalam keadaan penggunaan

     

    tanah yang terhad dan dapat dikawal sepenuhnya operasi pengeluarannya melalui mekanisasi dan automasi.

     

    • Menggalakkan dan membimbing petani kearah Pertanian Lestari dengan objektif:
      • Mengurangkan penggunaan bahan agro kimia yang boleh mendatangkan mudarat kepada petani
      • Mengeluarkan hasil pertanian yang berkualiti dan selamat untuk dimakan oleh pengguna Meningkatkan hasil dan pendapatan petani melalui pengurangan penggunaan bahan agro kimia
      • Melestarikan pertanian dan memulihara sumber alam

     

    • Meningkatkan kualiti tanaman dengan menggalakkan petani menyertai Pensijilan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) , melalui skim ini petani akan dibimbing dan diberi pengiktirafan kerana mengamalkan pertanian berkonsep mesra alam , mengeluarkan produk berkualiti dan selamat

     

    • Program pembangunan usahawan Industri Asas Tani turut dilaksanakan untuk memberi nilai tambah kepada hasil-hasil pertanian melalui seterusnya menjana pendapatan tambahan hasil dari aktiviti pemprosesan tanaman. Usahawan dibimbing menggunakan teknologi pengilangan dan pembungkusan yang terkini dan kearah Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta Pensijilan

     

    • Membangunkan kumpulan sasar melalui Program Pembangunan Sumber Manusia dimana aktiviti-aktiviti latihan , seminar, kursus, lawatan dan lain- lain dilaksanakan oleh jabatan khas untuk golongan sasar. Jabatan Pertanian Negeri Selangor turut meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kepada golongan sasar melalui Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP)

Lampiran

Tiada Lampiran.