Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

206) TEKNOLOGI PERTANIAN MODEN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah teknologi-teknologi baru pertanian yang dapat meningkatkan pendapatan petani Selangor?

    Antara teknologi yang diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian meningkatkan hasil golongan petani adalah:

     

    • Pengamalan teknologi ‘Rice Check’ di kawasan penanaman padi , dimana tumpuan diberi kepada :
      • Penggunaan benih CL bagi kawalan padi angin
      • Perataan tanah untuk penapakan dan pengurusan air sawah
      • Pembajaan
      • Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
      • Pertanian Lestari (Natural Farming)

     

     

    • Menumpukan penggunaan Teknologi Fertigasi melalui Program pembangunan buah-buahan dan sayur-sayuran. Teknologi ini sesuai dalam keadaan penggunaan tanah yang terhad dan dapat dikawal sepenuhnya operasi pengeluarannya melalui mekanisasi dan

     

     

    • Menggalakkan dan membimbing petani kearah Pertanian Lestari dengan menggunakan Teknologi Natural Farming dengan objektif:
      • Mengurangkan penggunaan bahan agro kimia yang boleh mendatangkan mudarat kepada petani
      • Mengeluarkan hasil pertanian yang berkualiti dan selamat untuk dimakan oleh pengguna Meningkatkan hasil dan pendapatan petani melalui pengurangan penggunaan bahan agro kimia
      • Melestarikan pertanian dan memulihara sumber alam

Lampiran

Tiada Lampiran.