Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

60) TEKNOLOGI RAWATAN AIR TERKINI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah teknologi-teknologi rawatan air yang telah dan sedang diteliti oleh Kerajaan Negeri?

    Pada Ketika ini, semua loji rawatan air di Negeri Selangor menggunakan kaedah conventional di dalam merawat air, di mana pemakaian aluminium sulfat, klorin, silico-floride dan limestone masih digunakan. Kerajaan Negeri Selangor maklum akan pelbagai teknologi terkini di dalam merawat air yang di pasaran seperti penggunaan ultra filtration, membrane technology Deionizing dan lain-lain. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengamalkan sikap terbuka di dalam menggunakan teknologi terkini bagi proses merawat untuk mencapai tujuan mendapatkan pengeluaran air yang maksimum dari segi kuantiti di samping kualiti yang terbaik.

    Namun demikian, di dalam mengkaji dan meneliti penggunaan teknologi terkinit itu, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan pengguna memandangkan setiap teknologi yang digunakan itu kelak akan melibatkan kos yang sekiranya tidak diteliti dengan sewajarnya boleh membebankan pengguna akhirnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.