Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

260) TELAGA AIR PANAS TERBESAR DI HULU LANGAT

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan pembangunan kerajaan untuk telaga air panas artesian terbesar di Malaysia di Hulu Langat?

    Lawatan tapak penemuan telaga air panas di Masjid Kg. Jawa Hulu Langat        bersama YB Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan,        Peradaban Melayu dan Warisan bersama wakil dari Pejabat Daerah / Tanah           Hulu Langat (PDTHL), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan     Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah diadakan pada 26 Disember 2019.

    Hasil   semakan mendapati tapak telaga air panas tersebut berada dalam kawasan tanah wakaf di bawah seliaan pengurusan Masjid Kg. Jawa. Pihak    JMG merupakan pihak yang memantau sumber air panas tersebut. Pihak MPKj    tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kawasan tersebut. Buat masa ini,    pihak MPKj tidak mempunyai apa-apa perancangan sehingga arahan dari    semasa ke semasa dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri memandangkan    kawasan tersebut adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah / Tanah Hulu      Langat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.