Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

90) TELEKOM MALAYSIA (TM)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Tindak balas dari TM tidak begitu memuaskan. Apakah tindakan dari Kerajaan Negeri supaya dapat memberi tekanan kepada TM untuk bertindak cepat?

    Secara khususnya Kerajaan Negeri tidak mempunyai kawalan terhadap Telekom Malaysia atau penyedia-penyedia perkhidmatan telekomunikasi (ISP) di Malaysia. Penyedia-penyedia perkhidmatan ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM).

    Namun begitu Kerajaan Negeri sentiasa berkerjasama dengan Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) melalui pendekatan mesyuarat/ perbincangan dalam memastikan segala perkhidmatan dan pembangunan telekomunikasi dan teknologi maklumat di Negeri Selangor mendapat perkhidmatan yang terbaik seiring dengan wawasan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan Gagasan Smart Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.