Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

105) TEMPAT LETAK KERETA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar yang digunakan untuk menentukan bilangan tempat letak kereta dalam pembangunan perumahan bertingkat atau komersil?

    Penentuan tempat letak kereta dalam pembangunan perumahan bertingkat atau
    komersial ditentukan merujuk kepada Manual Garis Panduan dan Piawaian
    Perancangan Negeri Selangor yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan
    Desa Negeri Selangor yang telah diluluskan di dalam Mesyuarat MMKN ke 28/2007
    bertarikh 3 Oktober 2007 seperti berikut :-
    Rumah Kos Rendah
    • 1 kereta / 1 unit kediaman
    • Tambahan 20% untuk pelawat
    • Tambahan 1 petak motosikal / 2 unit kediaman
    Rumah Kos Sederhana Rendah
    • 1.5 kereta / 1 unit kediaman
    • Tambahan 20% unit pelawat
    • Tambahan 1 petak motosikal / 2 unit kediaman
    Rumah Kos Sederhana
    • 2 kereta / 1 unit kediaman
    • Tambahan 10% untuk pelawat
    • Tambahan 20% petak motosikal
    Rumah Kos Tinggi
    • 2 kereta / 1 unit kediaman
    • Tambahan 10% untuk pelawat
    • Tambahan 20% petak motosikal
    Rumah Bandar
    • 1.5 kereta / 1 unit kediaman
    • Tambahan 10% untuk pelawat
    Premis Perniagaan / Pejabat
    • 1 petak kenderaan / 46 mp (495kp) ruang lantai
    • Tambahan 1 petak motosikal / 84 mp (905kp) ruang lantai

Lampiran

Tiada Lampiran.