Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

109) TEMPAT LETAK KERETA MAJLlS PERBANDARAN KAJANG (MPKj)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pihak MPKJ telah menandatangani apa-apa perjanjian dengan mana-mana pihak mengenai sistem letak kereta berbayar dan dengan pihak manakah perjanjian tersebut dibuat serta jangka masa perjanjian tersebut yang telah dipersetujui?

    Perjanjian dengan pihak Suasa Efektif Sdn. Bhd.
    -Perjanjian penswastaan penyeragaman pengurusan tempat letak kereta negeri Selangor – 26/4/1994
    – Perjanjian tambahan – 30/11/2001 [tempoh 5 tahun + 3 (pembaharuan) ]

    Tahun : 2004
    Kutipan Tahunan (RM) : 1,074,755.75
    4% (RM) : 42, 990.23

    Tahun : 2005
    Kutipan Tahunan (RM) : 1,326,648.25
    4% (RM) : 53, 065.93

    Tahun : 2006
    Kutipan Tahunan (RM) : 1,345,119.50
    4% (RM) : 53,804.78

    Tahun : Penyata Kewangan 2007 Belum Diperolehi

    Selain dari itu, hasil dari kutipan Kompaun tempat letak pula diagihkan mengikut formula 30% untuk MPKj dan 70% untuk Syarikat Suasa Efektif Sdn. Bhd.

Lampiran

Tiada Lampiran.