Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

123) TEMPAT LETAK KERETA SWASTA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah jumlah tempat letak kereta swasta mengikut pecahan PBT di seluruh negeri Selangor ?

    Jumlah keseluruhan tempat letak kereta swasta di seluruh negeri Selangor adalah sebanyak 95,833 petak. Jadual di bawah adalah jumlah tempat letak kereta swasta mengikut pecahan PBT (yang diswastakan kepada Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. dan Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd.) di seluruh negeri Selangor:-

    Bil. Pihak Berkuasa Tempatan Jumlah Kereta Petak Letak
    1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 27,024
    2. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 8,211
    3. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 11,195
    4. Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) 1,862
    5. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 749
    6. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 20,613
    7. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 23,594
    8. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 2,585
    Jumlah Keseluruhan 95,833

Lampiran

Tiada Lampiran.