Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

119) TEMPAT PERHIMPUNAN AWAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tujuan PBT menentukan lokasi 'tempat perhimpunan awam' , apakah kriteria-kriterianya dan bagaimanakah cara-cara untuk memindanya setelah lokasilokasi tersebut telah diwartakan.

    Bagi lokasi yang dimiliki oleh PBT, tujuan penentuan lokasi adalah bagi memudahkan PBT menyelia dari aspek keselamatan lokasi berkenaan sekiranya bercadang untuk menjadikannya sebagai tempat perhimpunan aman di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012). PBT mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan sama ada:

     

    1. Menentukan mana-mana lokasi yang dimiliki oleh PBT boleh dijadikan tempat perhimpunan aman dibawah APA 2012; atau

    Menentukan untuk tidak memilih mana-mana lokasi di bawah kuasa PBT untuk dijadikan sebagai tempat berhimpun dibawah APA

     

    Manakala, penentuan kriteria pemilihan sesuatu lokasi untuk dijadikan tempat perhimpunan aman di bawah APA 2012 adalah lokasi tersebut tidak diwartakan sebagai Kawasan Larangan atau Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan Tempat Larangan 1959 dan tidak berhampiran (pada kadar 100 meter) dengan kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan dalam Jadual Pertama APA 2012 untuk dijadikan sebagai kawasan perhimpunan aman seperti berikut:

    • Empangan, takungan dan kawasan tadahan air;
    • Loji rawatan air;
    • Stesen penjana elektrik;
    • Stesen minyak;
    • Hospital;
    • Balai bomba;
    • Lapangan terbang;
    • Landasan keretapi;
    • Terminal Pengangkutan awam darat;
    • Pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan dan marina;
    • Tempat ibadat; dan
    • Tadika dan

     

    Sekiranya pemilik lokasi telah mewartakan lokasi miliknya sebagai tempat perhimpunan aman di bawah APA 2012 dan bercadang untuk melakukan pindaan, pemilik perlu menghantar makluman rasmi kepada Kementerian ini dan memaklumkan tujuan pindaan berkenaan. Kementerian akan menentukan melalui Jabatan Peguam Negara sama ada memadai pindaan kecil dilakukan pada warta asal atau perlu membatalkan warta sedia ada dan menyediakan draf pewartaan baru.

    Kerajaan Negeri masih belum lagi melaksanakan APA 2012 di Negeri Selangor memandangkan Kerajaan Negeri masih lagi menunggu PBT menyenaraikan kawasan perhimpunan bagi diwartakan sebagai tempat perhimpunan awam setakat ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.