Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

22) TEMPAT TAKUNGAN BANJIR DI BAWAH TALIAN ELETRIK TAMAN SERDANG JAYA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah tiada pemantauan dibuat di tempat takungan banjir di bawah talian elektrik Taman Serdang Jaya sehingga semakin ramai membuat aktiviti haram seperti menanam sayur serta penternakan di sana?

    Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor melalui JPS Daerah Petaling  sentiasa membuat pemantauan dan telah mengambil maklum berkenaan aktiviti haram seperti penanaman sayur-sayuran serta penternakan yang dilakukan di kawasan dataran banjir di bawah talian rentis elektrik TNB Taman Serdang Jaya. Pentadbir Tanah Daerah iaitu Pejabat Tanah Petaling dan JPS Negeri Selangor telah membuat perobohan bagi struktur dan pembersihan kawasan penanaman sayur pada tahun 2015. Namun begitu, pihak berkenaan masuk semula untuk mengusahakan tanaman dan ternakan. JPS Negeri Selangor akan menghantar permohonan untuk penguatkuasaan kepada Pejabat Daerah Tanah Petaling untuk tindakan selanjutnya. Untuk makluman, kawasan tempat takungan banjir ini hanya akan berfungsi sebagai kolam takungan sekiranya hujan lebat berlaku kerana air akan disalurkan ke dalam kolam. Manakala akan sentiasa kering sekiranya hujan lebat tidak berlaku. Ini menyebabkan pengusaha tanaman haram boleh mengusahakan kawasan takungan banjir.

Lampiran

Tiada Lampiran.