Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

151) TEMPAT TEMPAT PERNIAGAAN DI IJOK

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tempat2 perniagaan seperti R&R di kampung Harmoni, gerai terbiar di Bistari Jaya seperti "hidup segan mati tak mau".

    Pihak MDKS pernah  membuka  tawaran kepada  mana-mana pihak yang berminat  untuk  menguruskan  Medan  Selera   Bestari   Jaya tersebut dengan tawaran pengecualian sewaan untuk tempoh tertentu. Walau bagaimanapun, maklumbalas mendukacitakan dan tawaran masih dibuka sehingga kini.

     

    Pihak MDKS sedang dalam perancangan  dan  tindakan  untuk mengumpulkan gerai-gerai haram sekitar Bestari Jaya  dan  akan  ditempatkan di lokasi berkenaan.

     

    Pihak MDKS telah mengenalpasti punca suasana suram di R&R Ijok iaitu kurangnya    pencahayaan    pada    waktu   malam di kawasan    tersebut dan     hanya     2  unit gerai sahaja yang berniaga pada waktu malam.         Baki gerai     hanya   buka   dan beroperasi pada waktu siang sahaja.   Oleh      yang demikian,    pihak   MDKS akan mengkaji semula faktor    infrastruktur seperti taman    permainan, pencahayaan dan papan tanda arah R&R berlampu pada waktu malam.

     

    Pihak   MDKS    akan memperbanyakkan lagi promosi sewaan premis kosong di dalam  Website    MDKS   dan  Banner  di kawasan sekitar   premis.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.