Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

18) TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN BANTUAN SIHAT SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Untuk Bantuan Sihat Selangor, adakah Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah penambahbaikan untuk mengurangkan tempoh masa pemprosesan permohonan yang kebiasaannya mengambil masa terlalu lama?

    Sejak program Bantuan Sihat Selangor diperkenalkan pada tahun 2017, purata permohonan setiap tahun adalah berjumlah 7000 permohonan. Setiap permohonan perlu melalui beberapa siri saringan dan semakan sebelum diluluskan. Buat masa sekarang, segala urusan permohonan dan pemprosesan Bantuan Sihat Selangor dikendalikan sepenuhnya oleh Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Kelewatan proses permohonan kebiasaannya disebabkan oleh faktor-faktor seperti berikut:

     

    • Maklumat atau borang tidak lengkap;
    • Permohonan yang meragukan; dan
    • Jumlah permohonan yang terlalu tinggi pada setiap bulan berbanding kakitangan.

    Bagi mempercepatkan urusan permohonan, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyerahkan pengendalian Bantuan Sihat Selangor (BSS) kepada pihak ketiga seperti mana program Skim Peduli Sihat (SPS) dan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS). Perbincangan terma dan syarat bersama pihak ketiga sedang berjalan dan akan dimuktamadkan setelah Kerajaan Negeri dan pihak ketiga mencapai kata sepakat.

    Buat masa kini SPBT, UPEN akan memproses permohonan Bantuan Sihat Selangor berdasarkan Prosedur Kendalian Standard (SOP) yang berkuatkuasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.