Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

106) TEMPOH MASA KELULUSAN PEWARTAAN TANAH

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah makna dan tujuan pewartaan tanah terhadap tapak pemindahan baru peniaga susur Ukay Perdana?

    Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDT Gombak) bersama-sama pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah mengenalpasti lokasi baharu yang sesuai untuk dijadikan sebagai tapak perniagaan bagi menempatkan peniaga-peniaga yang dahulunya berniaga di atas rizab jalan susur masuk Ukay Perdana. Tapak tersebut akan dirizabkan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN) sebagai tapak gerai di bawah kawalan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan diselenggara oleh MPAJ. Setelah tapak tersebut diwartakan, pihak MPAJ boleh membina gerai dan seterusnya menyewakan kepada peniaga-peniaga terbabit.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.