Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

83) TEMPOH MASA YANG DIAMBIL OLEH PEJABAT DAERAH UNTUK KELULUSAN GERAN TANAH KEKAL KAMPUNG TRADISI MELAYU

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa lamakah masa yang perlu diambil terutama di Pejabat Daerah bahagian tanah untuk memproses geran kekal bagi kampung-kampung tradisi melayu ?

    Selepas menerima Pelan Akui (PA) dari pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM), tempoh masa bagi Pejabat Tanah mengeluarkan hakmilik kekal adalah 2 bulan mengikut Piagam Pelanggan yang telah ditetapkan.

     

    Maklumat Tambahan:

     

    Walau bagaimanapun, tempoh masa tersebut akan berubah sekiranya terdapat perbezaan keluasan ukuran halus oleh pihak JUPEM daripada yang telah diluluskan oleh MMKN. Perbezaan keluasan perlu mendapat kelulusan dari Pentadbir Tanah atau MMKN (<20% kelulusan oleh PTD dan >20% kelulusan oleh MMKN), selaras dengan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 12/2010.

Lampiran

Tiada Lampiran.