Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

129) TEMPOH PENYEWAAN PREMIS PERNIAGAAN PBT

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk memastikan premis perniagaan di bawah PBT dan sewaannya dilakukan secara mampan?

    PBT sentiasa membuat pemantauan ke atas penyewa bagi memastikan penyewa mematuhi perjanjian sewaan supaya kepekaan peniaga terhadap pematuhan undang-undang PBT dapat dipenuhi. Selain itu, PBT membuat penutupan premis sebulan sekali bagi program gotong royong bulanan untuk meningkatkan tahap kesedaran kebersihan di kalangan peniaga. Di samping itu, PBT juga turut membuat pemantauan di kalangan peniaga dari segi penggeredan premis dan kebersihan premis seperti keperluan penggunaan perangkap minyak individu bagi memastikan air yang disalurkan ke longkang sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.