Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

149) TENAGA KERJA ASING

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selain insiatif Persektuan membendung masalah kebanjiran pekerja asing, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan negeri?

    1. Kerajaan Negeri sentiasa memantau dan mengambil langkah-langkah proaktif bagi membendung masalah kebanjiran pekerja asing di negeri Selangor. Jabatan Imigresen Negeri Selangor telah mengambil langkah pencegahan dengan membekukan pengambilan pekerja asing Bangladesh berkuatkuasa 12 November 2009. Selain itu, terdapat beberapa operasi pengawalan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak Imigresen di negeri Selangor seperti berikut:

     

    Jumlah Operasi Penguatkuasaan Kegiatan Pendatang Asing Tahun 2009

     

    BIL JENIS OPERASI JUMLAH OPERASI
    1. MAHIR 29
    2. SELERA 138
    3. JAJA 23
    4. PINTU 207
    5. SAPU 78
    6. SAYANG 21
    7. DANDAN 21
    8. BELANJA 30
    9. MINYAK 8
    10. AJAR 1
    11. SERKAP 4
    12. KUTIP 77
    13. BERSAMA 65
    14. TEGAS 290
    15. LAIN-LAIN 6
    JUMLAH BESAR 998

    Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Selangor

     

Lampiran

Tiada Lampiran.