Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

188) TENAGA MAHIR UNTUK INDUSTRI AEROANGKASA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah persiapan yang telah diambil dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam menyediakan tenaga-tenaga mahir untuk Industri Aeroangkasa Negeri Selangor?

    Menyedari akan keperluan penyediaan tenaga – tenaga kerja mahir untuk Industri Aeroangkasa di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah mengenalpasti lebih kurang 20 instutusi pendidikan dan kemahiran yang menyediakan kursus – kursus berkaitan Aeroangkasa di Negeri Selangor dan telah mengadakan pertemuan dengan instutusi – institusi tersebut. Antaranya seperti politeknik, Universiti – UNIKL MARA (MIAT) dan institusi latihan milikan swasta.

    Selain itu, pertemuan dan perbincangan juga telah diadakan bersama beberapa agensi di luar Negara seperti di Singapura bagi mendapatkan input dan cadangan– cadangan bagi penyediaan sumber tenaga kerja mahir dalam industri Aeroangkasa dimana hasil daripada perbincangan tersebut banyak membantu pihak Kerajaan Negeri bagi merangka program–program pembangunan kemahiran kepada anak tempatan untuk memenuhi keperluan pihak industri.

    Pihak Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) juga telah memulakan langkah untuk menyediakan kursus kemahiran dalam penyelenggaran enjin pesawat dimana program ini diadakan dengan kerjasama pihak General Electric Engines (GE). Program ini telah dilaksanakan dan seramai 20 orang telah mengikuti kursus kemahiran yang telah diadakan.

    Pihak Strand Aerospace juga turut melaksanakan program kursus kemahiran dalam industri Aeroangkasa dimana seramai 36 oarang telah mengikuti kursus yang telah ditawarkan dan akan tamat pada September 2018. Pengambilan kedua pula akan dimulakan pada Oktober 2018 yang akan menawarkan kursus untuk seramai 35 orang.

     

    Dalam penyediaan Pelan Tindakan Aeroangkasa Selangor, keperluan dalam pembangunan tenaga mahir bagi Industri Aeroangkasa telah diberi penekanan dan fokus utama. Antara bidang kemahiran yang dikenalpasti seperti penyelenggaran enjin pesawat (Maintenance, Repair and Overhaul (MRO)), penerbangan (Aviation), dan pertahanan (Defense Arena). Kebanyakan syarikat penerbangan yang ada di Malaysia seperti MAS, Airasia, Malindo dan lain-lain mempunyai institusi kemahiran mereka sendiri bagi menyediakan dan meningkatkan kemahiran kakitangan mereka. Antara program yang akan dilaksanakan adalah program perintis (apprenticeship) dengan beberapa syarikat seperti Sepang (Airbus) Aircraft, NADI Group of Companies – AIRDO, SME Aerospace dan beberapa syarikat lain lagi. Program perintis ini akan menyediakan kemahiran dalam bidang mengecat, penyelenggaraan enjin, Simple

    MRO dan beberapa bidang lain yang akan dikenalpasti kelak.

Lampiran

Tiada Lampiran.