Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

116) TENAGA SUMBER MANUSIA KREATIF

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategi Kerajaan dalam menyediakan tenaga sumber manusia yang kreatif bagi menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0?

    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah melaksanakan pelbagai bentuk program bagi menyediakan tenaga sumber manusia yang kreatif dalam menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian (RI) 4.0 melalui penguasaan elemen 4C iaitu Communication, Critical Thinking & Problem Solving, Collaboration dan Creativity.

    Aspek communication (berkomunikasi) dengan efisyen secara lisan dan bertulis adalah amat kritikal dalam Revolusi Perindustrian (RI) 4.0. Sehubungan dengan itu bagi meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris ke arah menyediakan tenaga sumber manusia yang mampu berdiri megah di arena globalisasi, Kursus Bahasa Inggeris telah dimasukkan sebagai program utama di dalam Takwim Program Pembangunan Modal Insan BPSM.

    Dalam aspek pembangunan infrastruktur digital, dengan meningkatnya mobiliti dan connectivity, kemudahan infrastruktur digital di bawah agenda Smart Selangor seperti pembangunan Silbus Internet Of Things (IoT) dan Smart City yang dipacu teknologi Big Data digunakan bagi memperkasakan tenaga sumber manusia Negeri Selangor ke arah Revolusi Perindustrian (RI) 4.0.

    Pengukuhan kepimpinan dan budaya kerja berpasukan bagi menyelesaikan masalah kompleks (crtical thinking & problem solving) merentasi pelbagai disiplin adalah amat penting. Ianya direalisasikan melalui program-program pengukuhan kepimpinan dan budaya kerja berpasukan yang ditawarkan kepada warga jabatan seperti Seminar Kepimpinan – Leading and Engagement, Kursus Transformasi Kepimpinan, Kursus Pengukuhan Pasukan, Program Melestarikan Kecemerlangan, Program Pembangunan Kemahiran Guru Negeri Selangor dan lain-lain. Melalui pendekatan ini, pemimpin dan tenaga sumber manusia dapat membentuk pendekatan yang lebih efektif dan kreatif bagi menyelesaikan apa jua bentuk cabaran dalam Revolusi Perindustrian 4.0.

    Revolusi Perindustrian 4.0, banyak memberi penekanan dalam aspek penghasilan yang kreatif (creativity) dan pintar. Sehubungan dengan itu, program-program seperti Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor, Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS), Program Cabaran Inovasi, latihan- latihan kemahiran kreativiti dan inovasi kepada tenaga sumber manusia Sektor Awam dan terbuka kepada rakyat Negeri Selangor telah diadakan dan akan diteruskan bagi mengukuhkan pembudayaan inovasi dan kreativiti supaya cabaran RI 4.0 dapat dihadapi dengan jayanya oleh semua. Bagi peranan jangka masa panjang, latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) digunakan sebagai agen perubahan bagi menghadapi cabaran baharu di ambang era RI 4.0 dan kemunculan Digital Economy yang merupakan sebagai industri masa hadapan.

    Pemantapan kepada ekosistem kolaborasi (collaboration) dengan memperkukuhkan kolaborasi strategik serta memberi penekanan kepada pemindahan teknologi, kepakaran dan perkongsian maklumat melalui jalinan kerjasama antara Kerajaan, industri, akademia dan komuniti telah pun giat dilaksanakan bagi menghadapi cabaran RI 4.0. Program seperi Kolaborasi UNISEL-Dharma Andalas, Kolaborasi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kolaborasi Fakulti Sains Komputer, Unisel dengan Human Resource Development Centre (SHRDC) dalam bidang Big Data Analytics, Cloud Computing dan Sistem Automasi Industri dan program-program Blue Ocean Strategy lain di antara agensi Kerajaan Negeri Selangor dalam menyelesaikan masalah dan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

    Kebijaksanaan kemahiran dan teknologi tidak memadai bagi tenaga sumber manusia untuk menghadapi RI 4.0. Kepintaran emosi untuk mengenalpasti dan mengurus emosi diri dan pihak lain turut merupakan aspek penting dalam menghadapi revolusi ini. Oleh yang demikian, BPSM telah melaksanakan pelbagai program bagi mengasah kepintaran emosi yang berupaya memacu semangat kerja seperti Kursus Neuro-linguistic programming (NLP), Program INSAN dan juga program-program psikologi lain seperti Kursus Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Kursus Asas Psikologi dan Kaunseling, Kursus Motivasi untuk tenaga sumber manusia Sektor Awam dan rakyat Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.