Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

186) TENDER TERBUKA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan butir-butir projek Kerajaan Negeri yang telah menggunakan sistem tender terbuka sejak Mac 2008

    Kerajaan Negeri sejak Mac 2008 telah melaksanakan 20 projek di bawah pelbagai Jabatan secara sistem terbuka dengan nilaian projek sebanyak RM 18,624,199.30.

    Daripada 20 projek tersebut, 8 projek adalah di bawah pengawasan Jabatan Veterinar Selangor iaitu:

     

    • Membina dan Menyiapkan Satu (1) Reban Ayam Sistem Tertutup Di Taman Agrotek, Hulu Teris, Sepang dengan kos RM 432,587.00;
    • Membina dan Menyiapkan Satu (1) Reban Ayam Sistem Tertutup Di Sepintas, Sabak Bernam dengan kos RM 395,000.00;
    • Membekal dan Menghantar 200 Ekor Lembu Betina Pedaging Kacukan Brahman dengan kos RM 432,000.00;
    • Membekal dan Menghantar 260 Ekor Lembu Jantan Fidlot dengan kos RM 499,680.00;
    • Membekal dan Menghantar 85 Ekor Lembu Betina Tenusu Kacukan Friesian Sahiwal dengan kos RM 397,270.00;
    • Membekal dan Menghantar 260 Ekor Lembu Betina Pedaging Kacukan Brahman dengan kos RM 610,740.00;
    • Membekal dan Menghantar 380 Ekor Lembu Fidlot Kacukan Brahman dengan kos RM 729,600.00; dan
    • Membekal dan Menghantar 106 Ekor Lembu Betina Tenusu Kacukan Frisien Sahiwal dengan kos RM 514,100.00.

    Sebanyak tiga (3) projek pula adalah di bawah Jabatan Kerja Raya Selangor iaitu:

    • Pemasangan Elektrik Untuk Bangunan Baru Sekolah Rendah Agama Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan dengan kos sebanyak RM 271,024.00;
    • Pendawaian Semula Kompleks Pejabat Daerah Kuala Selangor dengan kos RM 443,860.00; dan
    • Membina Jejantas Pejalan Kaki Di Jalan Ampang-Bukit Belacan Di Hadapan SRJK Tamil / SRA Kg. Melayu Ampang, Daerah Kuala Langat dengan kos sebanyak RM 1,188,105.00.

    Bagi Jabatan Pertanian Negeri Selangor pula, terdapat dua (2) projek yang dijalankan secara tender terbuka, iaitu:

     

    • Membekal dan Menghantar 6,300 Beg Baja Sebatian NPK 12:12:17:2+TE dengan kos sebanyak RM 941,850; dan
    • Membekal dan Menghantar 5,783 Beg Baja Sebatian NPK 12:6:26+Si+S dengan kos sebanyak RM 861,667.00.

    Manakala bagi Jabatan-jabatan lain di bawah Kerajaan Negeri, berikut adalah butiran projek-projek yang telah dijalankan secara tender terbuka:

     

    1. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor:
      • Membina dan Menyiapkan Bangunan Pejabat Satu Tingkat Mengandungi Pencawang Elektrik, Pondok Pengawal, Kebuk Sampah, Stor Baja dan Tempat Letak Kereta Di Jalan Stadium, Daerah Kuala Selangor dengan kos RM 5,508,718.30.
    2. Jabatan Agama Islam Selangor:
      • Perkhidmatan Mencuci dan Membersih Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam dengan kos RM 379,248.00; serta
      • Perkhidmatan Pembekalan Bahan Makanan Bermasak Di Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar, Jugra, Kuala Langat dengan kos sebanyak RM 694,467.00.
    3. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor:
    • Perkhidmatan Mencuci Dan Membersih Serta Menyelenggara Taman dan Kediaman Rasmi Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dengan kos sebanyak RM 207,720.00.

    4. Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor:

    • i) Perkhidmatan Membekal Makanan Dan Minuman Bermasak Di Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES) Jugra, Banting dengan kos sebanyak RM 756,240.00.

     

    5. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor:

    •  Cadangan Membina dan Menyiapkan Sebuah Kompleks Istirahat Termasuk Dewan dan Gerai Makan Di Hutan Lipur Sungai Tua, Hulu Yam, Selangor Darul Ehsan dengan kos RM 480,210.00.

    6. Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor:

    • Kerja-kerja Pengurusan dan Penyelenggaraan Harta Bagi 980 Unit Petak Rumah dan 27 Unit Komersial Di Projek Perumahan Rakyat (Disewa) Blok A, Blok B dan Blok C Di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam dengan kos sebanyak RM 2,779,320.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.