Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

84) TERDAPAT DUA BUAH PASAR DI DUN LEMBAH JAYA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pasar Bandar Baru Ampang, bagaimana boleh berlaku tiga perempat dari kawasan pasar dimonopoli oleh seorang peniaga sahaja (bahagian bawah) yang dikenali sebagai ÒTOP ZELLERÓ?

    Tetuan Topzeller (M) Sdn. Bhd. yang dimaksudkan adalah sebuah syarikat yang telah diberikan kelulusan oleh pihak Majlis menyewa sebahagian tingkat bawah Pasar Bandar Baru Ampang berkeluasan 4,479kp (iaitu kira-kira 33% dari keluasan keseluruhan tingkat bawah) bagi menjalankan perniagaan borong dan barangan runcit sejak tahun 1999. Kelulusan ini dibuat dengan mengambil kira ruang kosong yang masih tinggal selepas proses penyusunan dan penempatan semula peniaga di sekitar Bandar Baru Ampang dibuat pada tahun 1999. Pada ketika ini pihak syarikat telah diberikan perlanjutan tempoh penyewaan yang dijangka akan tamat pada tahun 2016 yang akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.