Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

212) TERDAPAT PROGRAM-PROGRAM KARNIVAL DIANJURKAN OLEH STANDCO LUAR BANDAR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan program-program karnival yang telah dijalankan.

    Senarai program-program karnival yang telah dianjurkan oleh STANDCO Pembangunan Desa dan Kg. Tradisi iaitu Program Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) yang diadakan sepanjang tahun 2015 di seluruh daerah di Negeri

     

    Antara empat (4) buah daerah yang telah terlibat adalah seperti berikut:

     

    DAERAH MASJID & KG. TARIKH
    Sabak Bernam Masjid Ma’muniah, Simpang 5 20-21 Mac 2015
    Kuala Selangor Masjid Jame’ At Tuqa, Tg. Karang 27-28 Mac 2015
    Klang Masjid Nurul Amin, Kg. Delek 24-25 April 2015
    Kuala Langat Masjid Jamiul Ehsani, Kg. Sijangkang 22-23 Mei 2015

     

     

    Manakala baki lima (5) buah daerah lagi akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah dirancang seperti berikut:

     

    DAERAH TARIKH
    Petaling 18 – 19 September 2015
    Sepang 02 – 03 Oktober 2015
    Gombak 23 – 24 Oktober 2015
    Hulu Langat 13 – 14 November 2015
    Hulu Selangor 04 – 05 Disember 2015

Lampiran

Tiada Lampiran.