Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

188) TERDAPAT TERLALU RAMAI PEKERJA ASING BEKERJA DI SEKTOR INDUSTRI DAN PERKHIDMATAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan untuk mengawal pekerja asing bekerja di kilang-kilang di Negeri Selangor ?

    Pengawalan pekerja-pekerja asing dilakukan melalui Kementerian Dalam Negeri yang mana pihak Kementerian telah menetapkan beberapa syarat sebelum meluluskan sebarang permohonan kepada pihak syarikat bagi mendapatkan khidmat pekerja asing bertujuan untuk memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan. Antara syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut;-

     

    1. Pihak syarikat diminta untuk memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dahulu. Sekiranya pihak syarikat telah melaksanakan berbagai usaha untuk mendapatkan pekerja tempatan namun masih gagal, barulah pihak syarikat boleh memohon untuk mendapatkan khidmat pekerja

     

    1. Kelulusan pengambilan pekerja asing dibuat berdasarkan kepada jumlah keperluan sebenar majikan/syarikat.

     

    1. Permohonan pengambilan pekerja asing oleh syarikat outsourcing mestilah berdasarkan kepada keperluan sebenar syarikat

     

    1. Pekerja asing tidak dibenarkan bekerja sebagai pekerja barisan hadapan

    (frontliner)

     

    1. Selain itu, kerajaan juga turut mensyaratkan hanya beberapa jenis industri sahaja yang dibenarkan untuk menggunakan khidmat pekerja asing seperti berikut;-

     

     

    Sektor Yang Diluluskan Warganegara
    ·         Perkilangan

    ·         Perladangan

    ·         Pertanian

    ·         Perkhidmatan

    ·         Thailand

    ·         Kemboja

    ·         Myanmar

    ·         Laos

     

    ·         Pembinaan ·         Vietnam

    ·         Kazakhstan

    ·         Nepal

    ·         Pakistan

    ·         Sri Lanka

    ·         Turkmenistan

    ·         Uzbekistan

    ·         Filipina (lelaki sahaja)

    ·         Indonesia (wanita sahaja)

    ·         Restoren

    ·         Sektor pembinaan (high tension cable)

    ·         Pertanian

    ·         Perladangan

    ·         India
    ·         Perladangan

    ·         Pertanian

    ·         Perkhidmatan

    ·         Pembinaan

    ·         Indonesia (lelaki)

     

     

    1. Mewajibkan majikan mengiklankan kekosongan jawatan melalui portal Jobs Malaysia dan mengambil calon-calon yang sedia berdaftar di dalamnya sebelum permohonan untuk menggajikan pekerja asing boleh dipertimbangkan.

     

    1. Menetapkan siling penggajian pekerja asing mengikut sektor berasaskan keperluan sebenar majikan dan selaras dengan keperluan guna tenaga negara;

     

    1. Meletakkan tanggungjawab pembayaran levi ke atas majikan bagi tujuan mengurangkan kecenderungan majikan untuk menggaji pekerja asing berbanding pekerja tempatan;

     

    1. Menggalakkan dan memberi fokus kepada industri berasaskan teknologi tinggi dan automasi dalam operasi mereka bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja yang ramai. Tujuan ini, pihak MIDA telah memperkenalkan Incentive to Increase Automation in Labour- Intensive Industries pada tahun 2015 bagi menggalakkan syarikat mengguna pakai automasi dalam proses pengeluaran dan secara langsung mengurangkan keperluan tenaga kerja yang

     

    *Sumber : Kementerian Sumber Manusia

Lampiran

Tiada Lampiran.