Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

72) TERJAH Y.B. DATO’ SUK KE KEDAI-KEDAI MAKAN KAWASAN SHAH ALAM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan terhadap kakitangan Kerajaan yang melanggar peraturan di waktu kerja?

    a) dan b)

     

    YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan surat arahan pematuhan waktu bekerja kepada semua penjawat awam di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 1 Jun 2009. Ianya susulan daripada arahan pematuhan waktu bekerja kepada penjawat awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 8 April 2009.

    Sehubungan itu, dalam menguatkuasakan arahan ini, semua Jabatan/Agensi termasuk Pejabat Tanah/Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan Anak Syarikat Negeri di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor diminta untuk memantau pematuhan arahan waktu bekerja tersebut. Antara langkah yang diambil termasuklah menerapkan amalan budaya kerja berdisiplin dengan mengeluarkan poster dan pemakluman melalui e-mel mengenai pematuhan waktu bekerja.

    Jabatan/Agensi juga menubuhkan skuad pemantau yang terdiri daripada Ketua Jabatan dan kakitangan yang mengadakan operasi pemantauan secara berkala dan mengejut (spot check) di premis makanan, premis hiburan dan pusat membeli belah di kawasan masing-masing.

    Amaran lisan dan bertulis serta pengesyoran tindakan tatatertib bagi kakitangan yang didapati gagal mematuhi arahan waktu bekerja yang ditetapkan telah dikemukakan kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk tindakan lanjut.

     

    1. c) Dari Januari sehingga September 2015, seramai 18 orang kakitangan di beberapa Jabatan/Agensi di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah disyorkan untuk dikenakan tindakan tatatertib setelah didapati gagal mematuhi arahan waktu bekerja yang ditetapkan. Senarai kakitangan berkenaan mengikut Jabatan/Agensi adalah seperti berikut:

     

     

    Bil.

     

    Jabatan/Agensi

     

    Bilangan Pelaku

    Kesalahan Dilakukan Semasa Waktu

    Pejabat

    1. Perbadanan Kemajuan Negeri

    Selangor (PKNS)

    2  

    Bermain Snooker

    2. Perbadanan Perpustakaan Awam

    Selangor (PPAS)

    1
    3. Perbadanan Adat Melayu dan

    Warisan Negeri Selangor (PADAT)

    5  

     

     

     

    Makan/minum di premis makanan

    4. Jabatan Kebajikan Masyarakat

    (JKM)

    2
    5. Jabatan Perancang Bandar dan

    Desa (JPBD)

    1
    6. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 1
     

    7.

     

    Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS)

    4
    2 Membeli belah
    Jumlah 18  

     

Lampiran

Tiada Lampiran.