Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

185) TERMINAL BAS

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah pembinaan kedua-dua terminal Bas di Seksyen 17 dan 19 Shah Alam lewat melebihi 1 tahun dari tarikh yang di janjikan?

    Pembinaan terminal bas di Seksyen 17 dan Seksyen 19 Shah Alam lewat disiapkan melebihi satu tahun dari tarikh yang dijanjikan kerana faktor-faktor seperti berikut :-

    • Cadangan Membina Dan Menyiapkan Hentian Akhir Bandar (HAB) Bas Dan Teksi Di Tapak Hentian Bas Sedia Ada Di Atas Lot No. 3 & 5, Jalan Jenulung 17/21, Seksyen 17, Shah Alam, Selangor Untuk Tetuan Majlis Bandaraya Shah Alam
    • Kelewatan di peringkat awal selepas penyerahan tapak kepada kontraktor yang dilantik iaitu Tetuan Ikhsham Sdn. Bhd. adalah berpunca daripada masalah kelewatan pengusaha-pengusaha bas berpindah ke tapak Terminal Bas Sementara (TBS). Kontraktor hanya boleh memulakan kerja-kerja pembinaan setelah tapak cadangan dikosongkan sepenuhnya pada 15.12.2014 (6 bulan selepas tarikh serah tapak pada 16.6.2014)
    • Faktor kelewatan pemindahan tersebut membolehkan Kontraktor mendapat kelulusan daripada pihak Majlis untuk lanjutan masa (EOT) selama 135 hari lagi selepas tarikh siap mengikut kontrak awal yang berakhir pada 15 Jun 2015 iaitu sehingga 28.10.2015.
    • Walau bagaimanapun, Kontraktor masih gagal menyiapkan kerja-kerja di tapak selepas tempoh EOT tamat pada 28 Oktober 2015. Kerja-kerja pembinaan yang sangat perlahan di tapak atas pelbagai faktor seperti cuaca, jumlah pekerja yang sedikit serta kelewatan mendapatkan pembekal bagi struktur bumbung kerana ingin mendapatkan tawaran harga terendah telah menyebabkan projek ini gagal disiapkan dalam tempoh yang diberikan. Oleh yang demikian, Majlis telah mengambil langkah menamatkan khidmat Tetuan Ikhsham Sdn. Bhd. pada 21 Mac 2016.

    Status Projek Terkini:

    Bagi memastikan Projek ini juga siap sepenuhnya, Majlis telah mengiklankan semula tender ini. Iklan dikeluarkan pada 13 Mei 2016 dan ditutup pada 7 Jun 2016. Laporan Penilaian Tender telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Lembaga Tender Perolehan Persekutuan Peringkat Negeri Selangor (ICU) yang telah bersidang pada 30 Jun 2016. Surat tawaran dan Mesyuarat Pemilikan Tapak telah diadakan pada 15 Julai 2016. Tempoh kerja ialah 18 minggu mulai 15 Julai 2016 sehingga 29 November 2016.

    • Cadangan Merekabentuk Dan Menyiapkan Hentian Akhir Bandar (HAB), Hentian Teksi Dan Laluan Pejalan Kaki Di Atas Lot No. 1, Serta Sebuah Pencawang Elektrik Di Atas Sebahagian Lot No.2, Jalan Parang 19/18A, Seksyen 19, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Majlis Bandaraya Shah Alam
    • Tempoh kerja cadangan ini ialah 8 bulan mulai 16 Jun 2014 sehingga 15hb Februari 2015
    • Kelewatan berpunca dari pihak Kontraktor tidak dapat memulakan kerja kerana sebahagian tapak pembinaan digunakan oleh pengguna KTM untuk meletakkan kenderaan mereka. Walau bagaimanapun masalah telah dapat diselesaikan dan kerja-kerja ditapak telahpun bermula pada 26hb Julai 2014
    • Berdasarkan kepada faktor-faktor kelewatan yang telah dikenalpasti tersebut, pihak Majlis bersetuju meluluskan lanjutan masa (EOT) selama 86 hari dari tarikh siap asal yang berakhir pada 15 Februari 2015 dilanjutkan kepada pada12 Mei 2015. Walau bagaimanapun, Kontraktor tetap gagal menyiapkan projek ini setelah tempoh EOT tamat. Kontraktor hanya mencapai 85% daripada jangkaan kemajuan kerja yang sepatutnya 100%. Keseluruhan kelewatan adalah 15% iaitu 226 hari.
    • Hasil daripada lawatan Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Pemandu Projek Khas. pada 1hb Disember 2015 mendapati hanya kerja-kerja akhir pemasangan jubin dilakukan di tapak dan hanya terdapat 3 orang pekerja menjalankan kerja-kerja pembersihan. Pihak Kontraktor telah tidak menjalankan kerja-kerja di tapak sejak 5hb Oktober 2015, bermakna 35 hari tiada kerja-kerja yang berjalan di tapak.
    • Dari segi pentadbiran dan pengurusan, Tetuan FYZ Holding Sdn. Bhd., sebagai kontraktor telah gagal menguruskan projek dengan cekap dan kompeten. Sepanjang tempoh bermula dari tarikh pemilikan tapak (16hb Jun 2014) sehingga kini, telah dua (2) kali pertukaran Jurutera Tapak (En. Yusuf b. Rahim) yang menguruskan tapak. Pengarah Projek (En. Yassin b. Fateh) dan Pengurus Projek (En. Faizal b. Razak) hanya lima (5) kali datang ke Mesyuarat tapak yang diadakan pada setiap dua (2) minggu. Sebanyak dua puluh enam (26) Mesyuarat Tapak telah diadakan. Mereka juga hadir hanya sekali untuk mesyuarat-mesyuarat lain yang diadakan sama ada di MBSA mahupun di MOT.

     

    Status Projek Terkini:

    Bagi memastikan Projek ini juga siap sepenuhnya, Majlis telah mengiklankan semula tender ini. Iklan dikeluarkan pada 13 Mei 2016 dan ditutup pada 7 Jun 2016. Laporan Penilaian Tender telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Lembaga Tender Perolehan Persekutuan Peringkat Negeri Selangor (ICU) yang telah bersidang pada 30 Jun 2016. Surat tawaran dan Mesyuarat Pemilikan Tapak telah diadakan pada 15 Julai 2016. Tempoh kerja ialah 12 minggu mulai 15 Julai 2016 sehingga 18 Oktober 2016.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.