Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

83) TIADA BEKALAN ELEKTRIK DAN SALURAN AIR PAIP

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Minta memperincikan nama-nama tempat atau kawasan dalam Negeri Selangor yang didiami penduduk yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik sepenuh masa dan saluran air paip?

    1. Bekalan elektrik ke kawasan didiami penduduk yang masih belum mendapat bekalan elektrik biasanya diberi melalui skim Bekalan Elektrik Luar Bandar yang dibiayai sepenuhnya oleh KKLW. setiap tahun Pejabat Daerah akan memberikan kepada TNB senarai nama kampung / tempat yang diluluskan kementerian kepada TNB bagi tujuan pelaksanaan. setakat ini senarai projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang dalam pelaksanaan TNB adalah seperti di bawah. maklumat yang lengkap mengenai kawasan lain yang belum memperoleh bekalan boleh didapati di semua Pejabat Daerah di Negeri Selangor.

     

    1. Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK9)

     

    Hanya 3 projek lagi yang masih dalam pelaksanaan dan akan siap sepenuhnya pada penghujung bulan Mac ini.

    • Org Asli Kg Songkok, Batangkali, Rawang
    • Org Asli Buluh Telor, Kuala Kubu Baharu
    • Dususn Harom Manis, Rawang

     

    1. Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK10)

     

    Setakat ini, hanya 6 projek sahaja yang dilaksanakan dan sedang dalam proses memuktamadkan kos sebelum dimajukan ke Kerajaan Persekutuan.

    • Kg Sungai Tua, Gombak
    • Kg Sungai Relang, Gombak
    • Kg Ulu Batu, Jln Ulu Yam, Batu Caves, Gombak
    • Kg Genting Peras, Hulu Langat
    • Kg Sungai Kelambu, Banting
    • Kg Perepat, Kapar, Klang

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.